Hiburan

Andai Ini Ramadan, Syawal Terakhir jadi tema program TV AlHijrah

Bersempena dengan bulan Ramadan dan Syawal tahun ini, saluran TV AlHijrah tempil dengan pelbagai program untuk dihadangkan kepada penonton.

Pengerusi TV AlHijrah, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, stesen tersebut memilih tema Andai Ini Ramadan dan Syawal Terakhir bagi dua bulan tersebut.

“TV AlHijrah telah menyediakan pelbagai program menarik bagi memenuhi ruang rohani penonton Ramadan dan Syawal akan datang.

“Kesemua program ini telah disusun rapi dan teliti agar objektif untuk mendidik jiwa, menghiburkan dan memberi pengajaran dapat dicapai sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi tayangan program-program sepanjang Ramadan dan Syawal di TV Al-Hijrah, baru-baru ini.

Menurut Hussamuddin, kempen Andai Ini Ramadan Terakhir dan Andai ini Syawal Terakhir didokong tiga inisiatif utama stesen.

Ujarnya, inisiatif pertama adalah penerbitan dan penyiaran 24 rancangan baru dan istimewa genre dokumentari, rancangan kanak-kanak, komedi, masakan, kerohanian serta filem.

Bagi inisiatif kedua pula adalah inisiatif platform digital TV AlHijrah dan ketiga merupakan program tanggung jawab sosial korporat (CSR) iaitu Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah.

“Saya menyeru agar semua yang hadir pada hari ini untuk sama-sama menyampaikan pesanan pada kaum keluarga dan sahabat handai agar terus menonton program Ramadan dan Syawal 1442H TV AlHijrah,” ujarnya. – SM

*Program-program menarik sempena Ramadan 2021

Haflah (Khamis & Jumaat pukul 10 malam – bermula 1 April)
Omar & Hana (Isnin hingga Sabtu pukul 11.30 pagi – bermula 12 April)
CAMCA Edisi Ramadan
Ihya Ramadan (Isnin hingga Ahad pukul 7.00 petang – bermula 13 April)
E-Kaunter Netizen (Ahad pukul 7.30 malam – bermula 18 April)
Hijrah Berselawat (Sabtu pukul 10.00 malam – 24 April)
Aura Al-Qadar (Setiap Hari pukul 10.30 malam – bermula 28 April)
Drama Andai Ini Ramadan Terakhir (Pukul 7.00 malam – bermula 13 April)
Sebuah Kehidupan (Jumaat & Sabtu pukul 7.30 malam – bermula 16 April)
Ittabiouni (Isnin hingga Rabu pukul 10.00 malam – bermula 13 April)
Al-Farabi (Khamis pukul 5.30 petang – bermula 15 April)
My #HadithTime (Isnin hingga Jumaat pukul 5.00 petang – bermula 1 April)

*Program-program menarik sempena Syawal 2021

Camca Edisi Syawal (13 Mei pukul 6.30 petang)
Hijrah Berselawat (12 Mei pukul 9.00 malam)
Tau Tau Dah Raya (12 Mei pukul 10.00 malam)
Raya, Raya Juga (13 Mei pukul 9.00 malam)
Bioskop Hijrah – Hafalan Shalat Delisa (13 Mei pukul 10.00 malam)
Haflah Istimewa Syawal (14 Mei pukul 9.00 malam)
Bioskop Hijrah – Wanita Berkalung Sarban (14 Mei pukul 10 malam)
Telemovie – Bebenang PKP Anis (15 Mei pukul 9.00 malam)
Bapa Posa Anak Raya (16 Mei pukul 9.00 malam)
Gema Haflah Istimewa Syawal (22 Mei pukul 9.00 malam)
Dokumentari Sudirman Chow Kit Road (16 Mei pukul 6.00 petang)

(Visited 597 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button