Nasional

Permohonan lesen teksi, kereta sewa dibuka semula mulai 18 April

PERMOHONAN untuk teksi dan lesen kereta sewa akan dibuka semula kepada individu di bawah ‘milik tunggal dan perkongsian’ bermula dari 18 April hingga 30 Jun.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata keputusan membuka semula permohonan yang dibekukan sejak 2016 dibuat berikutan permintaan orang ramai dan pemandu teksi sedia ada yang ingin memiliki lesen teksi sendiri.

“Dalam usaha merancakkan industri teksi, Kementerian Pengangkutan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah bersetuju agar permohonan lesen kelas teksi dan kereta sewa dibuka kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

Menurut Wee, sebagai permulaan, kuota kelulusan lesen ditetapkan pada 1,000 lesen tahun ini dan APAD akan menganalisis semua permohonan yang diterima selepas tarikh akhir. Sekiranya jumlah permohonan layak yang memenuhi syarat ditetapkan melebihi kuota, APAD akan mempertimbangkan kuota tambahan.

Baca artikel ini > Pakai Honda Jazz & Toyota Vellfire Untuk ‘Cairkan’ Penumpang, Ulat Jaket Kaya Di KLIA!

Wee berkata, APAD juga telah memansuhkan keperluan mempunyai pengalaman satu hingga tiga tahun memandu teksi atau kereta sewa yang ditetapkan di bawah Program Transformasi Industri Teksi. Bagaimanapun, syarat lain yang dikenakan sebelum ini kekal bagi memastikan pemohon yang berkaliber tinggi akan turut serta dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang.

“Pengumuman ini juga dijangka membuka peluang kepada pemain baharu khususnya generasi muda untuk menceburi sektor pengangkutan awam selain merancakkan ekonomi negara,” katanya.

Wee berkata, Kementerian komited untuk mewujudkan persekitaran industri teksi yang kompetitif dan perkhidmatan mesra pengguna yang selaras dengan peningkatan teknologi semasa.

Maklumat terperinci mengenai permohonan itu boleh didapati di portal rasmi APAD di https://www.apad.gov.my. – SM

 

(Visited 319 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button