Nasional

Boleh gunting, dandan rambut bermula Rabu depan

MEREKA yang rimas dan tidak selesa selepas lebih dua bulan tidak mengunting dan mendandan rambut kini boleh tersenyum gembira.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan membenarkan perkhidmatan gunting serta dandan rambut beroperasi semula  bermula Rabu depan.

Bagaimanapun pemilik salon dan kedai gunting rambut perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengelakkan penularan virus Covid-19.

“Aktiviti yang dibenarkan termasuk gunting rambut asas, cuci rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, manicure dan pedicure serta cuci dan rawatan muka.

“Bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, ibu bapa dibenarkan hadir bersama tetapi perlu mematuhi pemakaian alat pelindung diri seperti pelitup muka dan apron pakai buang,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

Menurut Ismail Sabri,  pengusaha perlu menyediakan apron pakai buang yang berbeza untuk setiap pelanggan. Mereka juga tidak dibenarkan menggunakan tuala yang sama untuk pelanggan yang berlainan.

Pekerja juga wajib memakai pelindung muka, apron pakai buang selain sarung tangan yang berbeza bagi setiap pelanggan.

Selain itu pengusaha juga perlu memastikan jarak antara setiap kerusi sejauh sekurang-kurangnya dua meter bagi setiap pelanggan.-SM

(Visited 501 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button