Nasional

Amah ‘kantoi’ curi dan jual barang kemas majikan

SEORANG pembantu rumah warga asing kantoi mencuri dan menjual barang kemas milik majikannya, seorang wanita yang berusia 57 tahun di rumah milik mangsa di Petaling Jaya, kelmarin.

Mangsa mengesyaki barang kemasnya dicuri selepas menemukan resit pembelian emas baru di dalam bilik suspek yang berusia 39 tahun.

Susulan itu, mangsa telah membuat laporan polis pada 16 Ogos lalu dan satu serbuan oleh pihak Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah dilakukan pada keesokan harinya.

BACA> KKM arahkan Balai Polis Sentul ditutup

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, hasil serbuan telah menahan suspek yang berada di rumah mangsa.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku telah mencuri barangan kemas milik mangsa sebelum menjualnya di sebuah kedai emas di Chow Kit, Kuala Lumpur.

“Kita turut menemukan wang tunai berjumlah RM10,000 dipercayai hasil baki wang daripada barangan kemas yang dijual,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Kluster Sivagangga: Pemilik restoran nasi kandar disaman RM1.5 juta

Menurut Nik Ezanee, suspek kini telah ditahan reman selama empat hari untuk disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Tambahnya, jika bersalah, suspek boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun dan denda. -SM

(Visited 453 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button