Nasional

KKM arahkan Balai Polis Sentul ditutup

BALAI Polis Sentul terpaksa ditutup susulan didatangi seorang wanita yang memakai gelang pink dan mempunyai gejala batuk.

Tular di laman sosial hari ini yang memaparkan notis yang ditampal di hadapan pintu balai tersebut yang ditutup atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Notis arahan penutupan balai yang dikeluarkan KKM hari ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, hanya kawasan pertanyaan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul sahaja yang ditutup.

“Sebelum ditutup, datang seorang wanita ke Balai Polis Trafik Sentul untuk membuat laporan bahawa dia telah diganggu.

BACA> PRK Slim, pegawai, anggota polis dan pasangan jangan tular gambar kertas undi

“Namun, kita mendapati dia memakai gelang pink (kuarantin) dan mempunyai gejala batuk,” katanya.

Menurut Abdul Hamid, pihaknya kemudian telah memaklumkan perkara itu kepada KKM yang kemudian meminta kawasan yang dilalui wanita itu ditutup.

Jelas beliau, operasi lain di IPD tersebut masih berjalan seperti biasa dan hanya kawasan yang disyaki sahaja ditutup.

BACA> Rugi rm16,000 diperdaya beli berangan kemas di Facebook

Menerusi notis yang dikeluarkan itu, balai tersebut ditutup pada hari ini sehingga ke satu tarikh yang ditetapkan atas arahan KKM. -SM

(Visited 539 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button