Jenayah

Rugi RM16,000 diperdaya beli barangan kemas di Facebook

Surirumah membuat 12 transaksi kepada suspek

SEORANG surirumah berusia 38 tahun terpedaya dengan urusan pembelian barang kemas menerusi laman sosial Facebook kerugian RM16,107.

Kejadian yang menimpa mangsa berlaku pada hujung bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa  mendakwa berminat membeli rantai, gelang dan subang selepas tertarik dengan tawaran yang dibacanya pada 25 Julai lalu.

“Mangsa mendakwa telah menghubungi nombor telefon yang tertera di laman sosial itu dan berurusan dengan seorang suspek lelaki sebelum mula membuat 12 transaksi bayaran menerusi pemindahan bank pada awal bulan ini.

“Bagaimanapun, mangsa mendakwa suspek gagal memberikan penjelasan apabila ditanya bilakah dia boleh mendapatkan barangan itu pada Sabtu lepas sebelum (suspek) gagal dihubungi selepas itu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Karak, Bentong, semalam.

Kes disiasat  mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – SM

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button