fbpx
Bola SepakSukan

Neymar mungkin terlepas perlawanan akhir

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dilaporkan berdepan risiko digantung perlawanan akhir Liga Juara-Juara oleh UEFA kerana menukar jersi dengan pemain pasukan lawan selepas kelabnya melakar kemenangan 3-0 ke atas RB Leipzig pada separuh akhir, awal pagi tadi.

Selepas kemenangan tersebut di Portugal, Neymar telah menukar jersinya dengan pemain Leipzig, Marcel Halstenberg.

Menurut The Sun, Neymar berdepan risiko digantung perlawanan akhir Liga Juara-Juara selepas gagal mematuhi peraturan coronavirus.

Berdasarkan peraturan yang ditetapkan sebelum Liga Juara-Juara disambung semula, para pemain yang menukar jersi selepas perlawanan akan digantung satu permainan dan perlu mengasingkan diri untuk tempoh 12 hari.

PSG bakal bertemu sama ada Bayern Munich atau Lyon dalam perlawanan akhir, Isnin ini.
Gol daripada Marquinhos, Angel Di Maria dan Juan Bernat melayakkan PSG mara ke perlawanan akhir.


Walaupun, Neymar gagal menjaringkan gol, tetapi dia memainkan peranan besar kepada kemenangan PSG termasuk percubaannya ke pintu gol sebanyak dua kali mengenai palang dan bintang Brazil itu sering menghadirkan masalah kepada benteng pertahanan Leipzig.

Neymar juga memainkan peranan besar buat PSG meneruskan kemaraan sehingga ke perlawanan akhir, setelah menjaringkan tiga gol dan menyempurnakan empat bantuan dalam enam penampilannya pada pertandingan itu, musim ini. – Daily Mail UK – SM

Show More

Related Articles

Back to top button