MahkamahNasionalNegeri

Suami didakwa cederakan isteri tolak ajakan seks

Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mencederakan isteri hingga parah dan ugutan bunuh berpunca apabila mangsa menolak untuk melakukan hubungan seks.

Tertuduh, Syed Fakrulrazi Syed Abdul Rahman, 41, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Rabiatul Adawiyah Abu Hassan, 33, dengan cara menghantukkan kepalanya ke hidung mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Tanjung Minyak Perdana, di sini, kira-kira pukul 10.00 pagi pada 12 Februari lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa telah menakutkan mangsa sama secara jenayah dengan kata-kata ugutan akan membunuhnya pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Sharuddin, memohon tertuduh tidak dibenarkan jaminan pertuduhan menyebabkan cedera parah namun mencadangkan RM20,000 sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara.

Pihak pendakwaan turut memohon syarat tambahan, iaitu tertuduh perlu melaporkan diri pada setiap bulan di balai polis berdekatan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh tidak menganggu mangsa sehingga kes selesai.

Tertuduh diwakili peguam Ishak Mohd. Kari bagaimanapun memohon jaminan rendah kerana anak guamnya baharu sahaja mendapat tawaran sebagai mekanik pada 1 Jun lalu dengan gaji asas RM2,000 sebulan.

Menurutnya, mangsa juga memfailkan tuntutan perceraian secara fasakh di Mahkamah Syariah dan sebahagian pendapatan perlu digunakan untuk memberikan nafkah kepada empat anak mereka berusia antara 10 tahun sehingga dua tahun.

Darmafikri kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan bersetuju dengan semua syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 10 Julai depan sebagai sebutan semula kes tersebut. – SM

BACA Pengasas pusat tahfiz berdepan tiga lagi pertuduhan jenayah seksual

BACA Gangguan seksual harus ditangani dan dihentikan menerusi program advokasi

(Visited 335 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button