Politik

MCA tegaskan pemecatan jawatan dalam BN perlu ikut Perlembagaan

SEBARANG pelantikan dan pemecatan sebarang jawatan dalam Barisan Nasional perlu dibuat berlandaskan Perlembagaan parti itu,

Parti komponen BN, MCA dalam satu kenyataan yang tegas hari ini berkata, sebarang pelantikan jawatan dalam BN harus dibentang serta dipersetujui secara konsensus di dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Begitu juga dengan pemecatan sebarang jawatan dalam BN perlu melibatkan perbincangan semua parti komponen BN yang lain.

“Pada hemat parti MCA, sebarang pelantikan ke jawatan dalam BN, ianya perlu dan secara konvensinya pencalonan ini haruslah dibentangkan serta dipersetujui secara konsensus di dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

“Begitu juga dengan sebarang pemecatan mana-mana pihak daripada jawatan seperti Setiausaha Agung dan Bendahari Agung BN,” katanya.

MCA mengulas laporan media berhubung pemecatan Tan Sri Annuar Musa daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional hari ini.

Kedudukan Annuar diganti oleh Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung UMNO.

“Pucuk pimpinan MCA terkilan dengan laporan media bahawa Tan Sri Annuar Musa telah dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional.

“Pimpinan Tertinggi MCA hanya mengetahui perkara ini melalui laporan media dan ianya tidak pernah dirundingkan sesama parti komponen dalam BN mahupun diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN.

“Setakat ini, MCA masih tidak dapat mengesahkan kesahihan berita mengenai penyingkiran Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung BN,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, MCA belum menerima sebarang notis daripada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN berhubung pemecatan tersebut.

Ahmad Maslan dalam Twitternya mengesahkan Annuar telah pun dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional.

Beliau dalam media sosialnya memberitahu telah dilantik kejawatan tersebut dan turut dilantik sebagai Setiausaha Agung Muafakat Nasional yang disandang oleh Annuar sebelum ini.-SM

 

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button