Politik

ADUN pertama Pas di Sabah lantik Pegawai Khas Kristian

Ahli Dewan Undangan Negeri pertama Pas di Sabah Dr. Aliakbar Gulasan memilih seorang pemuda beragama Kristian, Herman Obi sebagai Pegawai Khas Hubungan Antara Kaum.

Dr. Aliakbar yakin pelantikan Herman dapat memperkukuh lagi hubungan parti itu dengan masyarakat pelbagai kaum di Sabah.

“Sekali gus membuktikan kesungguhan PAS Sabah membela kebajikan rakyat, merentasi kaum dan fahaman agama,” kata Dr. Akliakbar dalam satu kenyataan.

Herman, 24, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) ialah setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sabah dan telah menjadi ahli DHPP sejak 2016.

Beliau turut  mengumumkan pelantikan Amiruddin Mohd Rosdi sebagai Setiausaha Akhbar, Mohd. Nasir Morni sebagai Pegawai Perhubungan Awam dan Syamsul Ma’arif Suardi sebagai Pegawai Media.

Dr. Aliakbar merupakan wakil Pas yang pertama menjadi ADUN di Dewan Undangan Negeri Sabah selepas bertapak di negeri itu selama 35 tahun.

Setiausaha Perhubungan PAS Sabah dilantik ke jawatan tersebut tiga hari lalu.

Sebelum ini beberapa pihak dari Warisan Plus membantah pelantikan ahli Pas sebagai ADUN Lantikan.

Antaranya termasuk Ketua PKR Sabah Datuk Christina Liew.

Chirstina menegaskan cadangan untuk memberikan laluan kepada wakil PAS sebagai ADUN Lantikan tidak dapat diterima oleh rakyat Sabah.

Ini memandangkan masyarakat negeri itu terdiri daripada pelbagai lapisan komuniti, agama dan budaya yang sentiasa harmoni bersama.

“Rakyat Sabah mengamalkan prinsip kesederhanaan dan konsep kesatuan dalam kepelbagaian. Kita menentang budaya atau amalan politik pepecahan yang boleh memecah belahkan kaum di negeri ini.

“Kita menentang sebarang ideologi politik yang bertentangan dengan kepelbagaian kaum dan tidak akan menerima sebarang agenda politik yang berdasarkan ekstremisme,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Turut menentang pelantikan Pas dalam DUN Sabah adalah Adun Kapayan (DAP), Jannie Lasimbang.

Dalam satu kenyataan beliau mendakwa bahawa PAS adalah parti yang tidak terbuka terhadap kepercayaan lain dan dengan wakilnya di dalam kerajaan negeri Sabah akan mengganggu keharmonian agama dan kaum.-SM

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button