Politik

Peniaga bimbang PRN menyebabkan wabak Covid-19 merebak semula

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung bulan ini menimbulkan kerisauan kepada para peniaga di negeri bersejarah ini.

Mereka baharu sahaja bernafas selepas sektor peniagaan dibuka, khuatir PRN Melaka akan menyebabkan wabak Covid-19 merebak semula sehingga menyebabkan premis perniagaan ditutup kembali.

Pengalaman perniagaan terpaksa ditutup bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan kerana ia mengakibatkan kerugian yang besar kepada peniaga.

Shaharudin Abdul Kadir

Menurut seorang peniaga , Shaharudin Abdul Kadir, 55 berkata PRN Melaka tidak sesuai dilakukan sekarang kerana pandemik baru berkurang dan peniagaan baru beroperasi kembali tetapi disebabkan tidak mempunyai kerajaan terpaksa kena buat PRN.

“Perniagaan ketika PKP memang susah tetapi ini keadaan dunia bukan keadaan Melaka sahaja.


“Sekarang perniagaan dah okay tetapi ini pandemik, kita akan berdepan dengan dua perkara iaitu kewangan dan wabak ini. Kita tidak boleh terlalu gembira semua dah buka walaupun kita dah lengkap dua dos vaksin. Jika PKP berlaku kembali, kita semua akan susah,” katanya.

Norzaimi Mohd Hassan

Norzaimi Mohd Hassan, 40 juga tidak bersetuju PRN dilakukan dan risau Covid-19 merebak semula sehingga menyebabkan perniagaan perlu ditutup kembali.

“Semasa PKP perniagaan memang perlahan tetapi bila dah boleh rentas negeri baru ramai orang. Jadi bila PRN ini risau Covid-19 merebak semula akan menyusahkan peniaga,” katanya.

Mohd Omar Farroq Ahmad

Menurut seorang lagi peniaga, Mohd Omar Farroq Ahmad, 48, pilihan raya tidak sesuai kerana akan meningkat kes Covid-19.

“Perkara ini yang saya risau kerana perniagaan baru buka nanti kena tutup kembali susah untuk cari makan,” katanya.

Mahu pisang tidak berbuah dua kali, mereka berharap setiap pihak perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dipatuhi. -SM

(Visited 25 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button