NasionalNegeriPolitik

Tak Puas Hati Ada Yang ‘Arwah’ Sebab Pandemik, Semalam Muncul Pula Geng Lawan Intimidasi

Seramai 31 orang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi malam tadi selepas diarahkan bersurai daripada perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka.

Ia dibuat sebagai memperingati korban Covid-19. Untuk rekod setakat ini seramai 13,480 orang meninggal dunia akibat wabak tersebut, termasuk 178 orang untuk semalam.

Kebanyakan mereka yang ditahan kelihatan diseret ke lori Black Maria polis yang menunggu tidak jauh dari situ selepas berlaku pertengkaran di antara peserta perhimpunan dengan anggota keselamatan.

Peserta terbabit kedengaran berkali-kali meminta polis menyatakan sama ada mereka ditahan atau sebaliknya namun ia tidak dilayan.

Polis kemudian bertindak menarik peserta perhimpunan dan mana yang enggan kerana bertegas mahu tahu sama ada mereka ditahan atau tidak, kemudian diangkat anggota keselamatan terbabit.

Seramai 17 lelaki dan 14 wanita – termasuk dari kumpulan Sekretariat Solidariti Rakyat yang menganjurkan himpunan #Lawan baru-baru ini – ditahan. Kebanyakan mereka adalah belia.

Sekumpulan besar anggota polis mula bersiap sedia di kawasan berkenaan seawal jam 8 malam ketika peserta mula berkumpul.

Peserta terbabit sempat berkumpul sambil membawa sepanduk dan plakad termasuk bertulis angka 13,480 yang merujuk kepada jumlah korban Covid-19 setakat ini.

Polis mula menghentikan himpunan berkenaan selepas aktivis SSR, Ashraf Sharafi, selesai membacakan kenyataan yang dibuat kumpulan anak muda itu kira-kira jam 8.30 malam.

Turut hadir di situ ialah aktivis muda lain seperti Mohammad Abdullah Al-Shatry, Qyira Yusri, Wong Yan Ke dan sekurang-kurangnya enam pemuda Parti Sosialis Malaysia

Awalnya polis meminta mereka memberikan kad pengenalan masing-masing dan kemudian merampasnya

Beberapa anggota kedengaran memberitahu peserta himpunan agar mengikut mereka ke IPD Dang Wangi untuk “proses dokumentasi”.

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button