Politik

Dr. Zulkifli sosok yang menyejukkan politik negara

Kabinet luar biasa Muhyiddin

TAN Sri Muhyiddin Yassin membukti mengapa beliau adalah pemimpin yang paling sesuai diangkat sebagai perdana menteri ketika situasi politik semasa.

Negara memerlukan seorang perdana menteri yang memahami kemelut dan bagaimana untuk memastikan kabinet dibentuk bukan sahaja berfungsi tetapi lebih penting membentuk kestabilan serta keharmonian.

Ketika ramai yang menjangkakan menteri yang bertanggungjawab tentang agama akan disandang oleh pemimpin Pas, Muhyiddin telah melantik Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli akan menjadi sosok yang menyejukkan politik negara kerana kewibawaan beliau di dalam bidang agama tidak harus dipertikai selain sikap beliau yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

Jika sebelum ini jawatan itu dipegang oleh Mujahid Yusof Rawa, yang dilihat lebih memihak kepada pihak liberal dan DAP hingga menimbulkan kemarahan orang Islam.


Ia menjadi antara punca mengapa majoriti orang Melayu yang merupakan penduduk negara ini menentang kerajaan Pakatan Harapan.

Muhyiddin bijak apabila memilih tangan yang dingin dan seorang yang tenang serta sentiasa bersikap tegas dan adil.

Selain itu langkah bijak Muhyiddin memansuhkan jawatan timbalan perdana menteri juga dapat mengelak daripada berlakunya krisis perebutan jawatan yang jawatan berkenaan itu biasanya dikaitkan sebagai bakal pengganti perdana menteri.

Senarai menteri kabinet juga tidak akan menimbulkan banyak pertikaian kerana individu yang dipilih adalah berdasarkan kebolehan serta bebas daripada sebarang isu dan kes jenayah.

Tahniah Muhyiddin selaku Perdana Menteri Kelapan beliau telah membuktikan berjaya melepasi halangan pertama dengan jayanya.

(Visited 124 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button