Politik

PM arah menteri, timbalan menteri tunjuk prestasi dalam 100 hari

Setiap menteri dan timbalan menteri yang dilantik perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan memastikan anggota Kabinet yang dilantik menekankan budaya kerja berprestasi tinggi.

Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Barisan Kabinet dan kementerian perlu dipastikan berupaya menggalas tanggungjawab ini dengan komited dan lebih proaktif.

“Saya berharap pelantikan Kabinet ini akan memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan COVID-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik ini,” kata Ismail Sabri.

Menurutnya, barisan Kabinet yang dibentuk merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat.

Ismail Sabri menegaskan anggota Kabinet perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik.

“Umum mengetahui saya menerima kerajaan ini dalam keadaan seadanya. Justeru, pembentukan Kabinet ini merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa, demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya.

“Saya akui bahawa kita sedang berada dalam keadaan yang getir akibat pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi dan diburukkan lagi dengan ketidakstabilan politik negara,” katanya.

Muhyiddin berkata, barisan Kabinet ini dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan, dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur.

Bagi mendepani cabaran semasa, Kabinet ini perlu berorientasikan hasil yang berlandaskan kepada tiga prinsip peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah dan bengembalikan semula keyakinan rakyat.

Barisan Kabinet yang diumumkan Ismail Sabri menyaksikan hampir semua menteri dan timbalan menteri di bawah kepimpinan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dikekalkan dan ada yang dipindahkan ke kementerian lain.

Barisan Kabinet baharu menyaksikan pelantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu sebagai Menteri Belia dan Sukan dan Datuk Seri Shahidan bin Kassim sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.-SM

 

 

 

 

 

 

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button