Politik

UMNO diberi bayangan akan tetap bersama PN

DISAMPING memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama Pas, UMNO diberi bayangan tetap bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Ini bermakna, UMNO dikatakan akan bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Justeru, pergeseran politik digesa untuk dihentikan bagi memastikan perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu.

Malah, jika berdegil parti terbesar Melayu itu didakwa akan terus mengecil dan membawa beban kekalahan dalam PRU-14.

“Insya Allah, kita akan terus berusaha mempertingaktkan kerjasama dengan parti lain selain mengukuhkan kerjasama dengan Pas dalam MN.

“Kerjasama politik kita bukan bersifat eksklusif hanya utk UMNO dan Pas sahaja. Seperti termaktub dalam Piagam MN, kita harus perluaskan muafakat.”

Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa, hari ini menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya.

Dalam kenyataan sama, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu memaklumkan Pas mengambil langkah tepat untuk bersama dengan PN.

Katanya, penerimaan Pas bersama Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) memperlihatkan Pas mempunyai Ahli Dewan Undangan Negeri di Sabah.

“Pas mengambil langkah yang betul, di mana kini Pas mengorak langkah menjadi ahli PN, berkerjasama dgn Bersatu, PBS, Star dan SAPP… buat pertama kali Pas kini ada ADUN di Sabah.

“Mempertajamkan semula pergeseran politik kalangan orang Melayu bukan sahaja merugikan kita, malah bercanggah dengan piagam MN.

“Kejayaan UMNO PRU-15 bergantung sejauh mana kita berupaya memimpin perpaduan Melayu.

“Jika tidak,kita akan terus kekal dgn semakin mengecil dan membawa stigma lama yang telah menyebabkan tewasnya kita PRU-14,” katanya.

Terdahulu, Annuar dilapor mengeluarkan kenyataan mengundang kritikan pimpinan UMNO apabila menyatakan Pas mahu Bersatu ada dalam MN.

Bagaimanapun kekeliruan timbul apabila MN masih lagi tidak didaftarkan sebagai sebuah parti sementara Pas pula sudahpun menyertai PN sebagai sebuah gabungan yang sah.

Tindakan Pas itu bertentangan dengan hasrat UMNO yang enggan bersama Bersatu dalam PN. – SM

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button