Hiburan

Beberapa artis jalani ‘swab test’, ada yang sudah jalani kuarantin kendiri

PENYANYI yang terlibat dengan separuh akhur Muzik-Muzik 35 mula membuat ujian saringan Covid-19 sejak malam semalam.

Kesemua mereka berbuat demikian selepas penyanyi dan pengacara, Alif Satar disahkan positif Covid-19 dan sempat membuat persembahan di pentas sama pada Jumaat lalu.

Antara penyanyi yang berkongsi gambar merka menjalani ujian saringan Covid-19 ialah Andi Berdanee, Zynakal, Naim Daniel, Hael Husaini, Syamel dan Ernie Zakri.

Turut menjalani ujian saringan ialah pasukan pengiring artis serta kru produksi yang terlibat dengan program di Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, Selangor.

Sementara itu, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Alif untuk mengesan kontak rapat.

“Pada masa yang sama, kerja-kerja sanitasi di lokasi terbabit juga dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh KKM

“Kakitangan yang terlibat dalam produksi tersebut telah memulakan kuarantin dan bekerja secara maya di rumah masing-masing bermula hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon, Zulin Aziz pula memberitahu yang dia sudah mula menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari ekoran mempunyai kontak rapat dengan Alif.

Jelasnya, dia menjani kontak rapat kerana bekerjasama dalam satu drama yang sedang menjalani penggambaran di Melaka dan sedang menunggu keputusan ujian saringan tersebut.

“Dengan ini saya memohon maaf kepada produser dan pihak-pihak lain yang sepatutnya, saya perlu bekerjasama dalam kerja-kerja, telemovie dan talk show.

“Saya terpaksa batalkan kerana dalam tempoh itu, saya perlu menjalani 14 hari kurantin di rumah,” katanya.

Zulin turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa patuh pada SOP, tidak keluar rumah jika tiada keperluan dan sentiasa memakai pelitup muka serta pencuci tangan. -SM

(Visited 473 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button