Hiburan

Uyaina Arshad alami tekanan, berpeluh pukul 3 dan 4 pagi

PELAKON dan pengacara, Uyaina Arshad mendedahkan yang dia mengalami ‘mental breakdown’ hingga mengakibatkan dia mengalami migrain dan sukar tidur.
Keadaan tersebut menurutnya turut menyebabkan dia merasakan pelbagai rasa negatif dalam diri.
“Tiba-tiba rasa sedih, takut, penat, risau tapi tak tahu apa yang dirisaukan, tekanan sampai migraine.
“Paling teruk bila terjaga antara pukul 3 dan 4 pagi, badan jadi berpeluh dan selepas itu tidak boleh tidur sehinggakan badan rasa sangat penat,” katanya
Namun menurut Uyaina, keadaan itu tidak berlanjutan lama dan dia turut berterima kasih kepada semua yang membantunya mengatasi masalah tersebut.
Ujarnya, dia tidak menyangka bahawa ramai yang berkongsi masalah sama dengannya, malah ada yang lebih teruk.
“Alhamdulillah, saya rasa semakin baik sekarang. Apa yang saya boleh kongsi ialah supaya kita jangan pendam masalah seorang diri.
“Kita kena luahkan kepada seseorang yang dipercayai. Minda juga memainkan peranan yang sangat penting dan jangan berfikiran negatif.
“Sentiasa melihat apa yang Allah telah berikan kepada kita dan bersyukur dengan segala nikmat tersebut,” katanya. -SM
(Visited 715 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button