Hiburan

Jamal Abdillah timang anak di usia 61 tahun

PENYANYI yang terkenal dengan lagu Azura, Datuk Jamal Abdillah berkongsi khabar gembira apabila menimang cahaya mata ke empat di usia 61 tahun.

Anak ke empat hasil perkahwinan dengan Zai Izzati itu ialah bayi lelaki yang diberi nama El Issac Yamani.

Jamal sendiri turut berkongsi rasa gembiranya kerana dikurniakan cahaya mata di usianya kini.
“Memang sukar digambarkan dengan kata-kata dan hanya mampu mengucapkan syukur bila diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.
“Saya dan isteri menerima kelahiran ini dengan penuh rasa syukur,” kata Jamal seperti dilaporkan Astro Awani.
Menariknya, anak ke empat yang dilahirkan pada 11 November itu juga diberikan nama timangan Zack iaitu karakter Jamal dalam filem Azura sekitar tahun 80-an.
Jelasnya, dia dan isterinya memilih hari ini untuk menyambut kelahiran anak mereka yang disifatkan sebagai tarikh yang istimewa.
Jamal dan Zai Izzati, 25, melangsungkan pernikahan pada 1 April 2017.
Jamal mempunyai tiga anak iaitu Osama Yamani, 18 dan Zaki Yamani, 13 menerusi perkahwinannya sebelum ini dan Azura pula anaknya bersama dengan Zai. -SM
(Visited 644 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button