Politik

Dewan Ulama Pas perlu diperkasakan

DEWAN Ulama Pas perlu diperkasakan bagi memastikan ia dapat mengorak langkah dengan lebih proaktif termasuk menanam kesedaran poltik kepada masyarakat.

Wakil Pahang, Shahril Azman Abdul Halim berkata, ulama bukan hanya perlu menyebarkan ilmu tetapi mestilah turut melakukan islah dan tajdid.

“Kesedaran agama dan politik perlu ditanamkan kepada masyarakat.

“Sehubungan dengan itu, Dewan Ulama’ perlu diperkasakan dan terus mengorak langkah dengan lebih proaktif,” katanya ketika berucap pada muktamar Pas di Kota Bharu hari ini.

Katanya, Pas perlu bergerak dengan mengadakan kerjasama antara agensi agama dan juga kerajaan.

Peranan muslimat Pas, katanya mesti diperkasakan.

“Jangan hanya duduk dalam kepompong kita sahaja. Pemuda perlu ada di setiap peringkat cawangan, belum cukup jika hanya aktif di peringkat kawasan.

“Justeru, tenaga Pemuda perlu diramaikan kerana kita bakal berdepan dengan pengundi muda pada PRU-15 dan PRU-16.

“Hari ini, Sabah telah melakukan satu pengorbanan yang besar iaitu tidak bertanding demi mengutamakan agenda perpaduan.

“Diingatkan tugas memperkasa dan memperkukuhkan parti adalah tanggungjawab bersama seluruh ahli,” katanya. – SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button