Hiburan

Siti Nordiana saman lima individu termasuk Lan Solo dan Syura

Penyanyi popular Siti Nordiana akan meneruskan tindakan saman terhadap lima individu iaitu Lan Solo, Syura, Sam Samin, Sheila Razlan dan Aida G.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, penyanyi itu berkata tindakan tersebut terpaksa diambil berikutan tiada permohonan maaf yang dibuat kelima-lima individu berkenaan setelah tempoh diberikan.

“Memandangkan tiada permohonan maaf setelah tamatnya tempoh 24 jam tersebut, Nana telah mengarahkan pihak peguam untuk meneruskan dengan tindakan saman terhadap kelima-lima individu tersebut yang akan difailkan selewat-lewatnya pada Isnin depan iaitu 2 Ogos ini.

“Nana telah melantik firma guaman bagi tindakan undang-undang dan keputusan tersebut diambil bagi membersihkan nama dan imej yang telah dicalarkan oleh kenyataan-kenyatan tersebut sama ada secara langsung atau tidak akibat daripada siaran IG Live tersebut,” katanya.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan telah membuat satu laporan polis berbentuk penafian di IPD Cheras pada 23 Julai lalu dan seterusnya membuat kenyataan media bagi menjelaskan perkara sebenar pada umum.


Malah, Siti Nordiana telah memberi tempoh selama 48 jam kepada lima individu terbabit untuk membuat permohonan maaf berhubung isu tuduhan fitnah yang dilemparkan kepadanya menerusi satu sesi siaran langsung dalam Instagram pada malam 21 Julai. -SM

(Visited 148 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button