Hiburan

Noorkhiriah mahu hantar van jenazah ambik produk aset wanita

BOSAN sering ditawarkan untuk review produk yang berkaitan dengan aset wanita, pelakon Noorkhiriah mengancam untuk hantar van jenazah untuk ambik produk terbabit jika pengusaha berterusan mendesaknya berbuat demikian.

Dalam hantaran di Instagram, pelakon yang turut menjayakan drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu berkata, sudah banyak kali dia beritahu bahawa tidak buat review produk seperti itu walaupun dibayaer mahal.

https://www.instagram.com/p/CQVm5z8Nkf6/?utm_source=ig_embed&ig_rid=57c1d490-5a29-4bb9-8acf-21f428899016

“Akak ulang balik apa yang pernah akak bagi tau dulu sebab masih ada yang DM minta akak review produk sedemikian.

“Takda perasaan segan ke auruh akak review produk macam tu. Maaf dik walaupun dalam ekonomi yang tak berapa best sekarang, pendirian akak tetap tak nak review produk membesar menegang lepas tu yang peluk-peluk segala tu.

“Simpan malu tu dik. Sebab akak memang tak nak. Tah payahlah DM berpuluh kali walaupun kau orang bayar mahal.

“Walaupun video yang kau orang bagi menutup aurat tapi bila klik kat IG kau orang maaf cakap segala macam gunung ganang keluar. Lagi pun akak segan video yang kau orang bagi tu walaupun mungkin sah perempuan tapi aksinya tak sedap mata mandang.

“Bahu kiri kanan tak balance lagi dah nak tambah dosa lagi review produk begitu. Rasa penat juga fikir dunia yang tak penah habis dengan duit-duit,” katanya.

Ekoran itu dia meminta pihak-pihak terbabit berhenti DM untuk review produk seperti itu.

“Kalau kau orang suruh juga, akak akan hantar van jenazah untuk kutip produk kau orang. Nak? Kalau tak ada rasa mahu kat diri sendiri, rasalah malu dekat Allah. Maaf andai (ada) terasa tapi ini adalah pendirian akak,” katanya.

(Visited 445 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button