Hiburan

Cium ketiak isteri? Nak bermesra suami isteri pun biarlah berpada-pada

TIDAK ada salah pun hendak menonjolkan kemesraan di antara pasangan suami isteri di laman sosial.

Tindakan yang bagus sebenarnya kerana keintiman suami isteri yang dipaparkan di laman sosial boleh menjadi inspirasi kepada pasangan lain.

Mungkin ada pasangan yang sudah berumah tangga memerlukan inspirasi itu dan itulah sudut positif untuk kita paparkan keintiman suami isteri di laman sosial.

Cuma seperti biasalah. Di dunia media sosial yang tiada sempadan ini, semestinya kita sebagai pengguna platform tersebut perlulah tahu batas-batasnya.

Terbaharu, penyanyi yang baru berkahwin iaitu Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir berkongsi satu video yang telah menimbulkan rasa mual sesetengah netizen.


Ayda sebelum ini banyak kali memaparkan video keintimannya dalam bergurau senda bersama Nabil.

Tidak ada masalah pun. Semua ok sahaja. Kalau ada yang cemburu pun, mungkin netizen itu masih ‘single’ dan belum berpunya.

Tetapi satu video yang dimuat naik memaparkan Nabil suka mencium ketiak Ayda pada waktu lapang mendapat reaksi yang berbeza.

Rata-rata netizen mula merasakan perkara itu sebagai sesuatu yang melampau dan memualkan.

Mungkin pada Ayda perkara itu normal. Ada suami lain yang turut berkongsi ‘hobi’ yang sama. Tetapi biarlah perkara itu dalam pengetahuan sendiri sahaja.

Tak perlulah dihebah-hebahkan ‘hobi’ suami itu apatah lagi Ayda mempunyai jumlah pengikut sebanyak 5.4 juta di akaun Instagram miliknya.

Apa yang dilakukan Ayda itu juga sebenarnya membuka ruang dan peluang kepada segelintir netizen untuk menghentam selebriti tempatan.

Sebab itu dalam apa juga tindakan kita, biarlah berpada-pada. Nak berkongsi pun kena beringat, nak komen pun kena tahu batas.

Teringat pula kisah seorang penyanyi dan pelakon dahulu yang sama seperti Ayda, berkahwin dengan bekas suami orang.

Kongsi keintiman suami isteri ‘bagai nak rak’ di media sosial sehingga mendapat kecaman netizen.

Kesudahannya, rumah tangga yang dibina hanyut dilanda badai. Nauzubillahhiminzalik! -SM

(Visited 555 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button