BanjirNasional

Sistem penyuraian banjir Kuala Lumpur perlu ditingkatkan

SISTEM penyuraian banjir di Kuala Lumpur perlu ditingkatkan selaras dengan peningkatan pembangunan di ibu kota yang mengurangkan kadar penyerapan air.

Penambahbaikan tersebut perlu memandangkan sistem penyuaraian sedia ada tidak mampu menyalur keluar limpahan air hujan yang menyebabkan banjir kilat.

Situasi tersebut dapat dilihat apabila sistem penyuraian banjir seperti terowong Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart) berfungsi seperti biasa.

Namun, ia dilihat tidak mampu menampung lebihan air hujan yang melimpah sehingga menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur digenangi air.

“Disebabkan oleh hujan yang banyak dalam tempoh yang singkat dan sistem saliran sedia ada yang tidak dapat menampung air larian hujan.


“Terowong Smart berfungsi dan telah diaktifkan mengikut prosedur operasi standard (SOP).”

Demikian penjelasan ringkas, dipetik daripada laporan portal Malaysiakini yang menghubungi Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Nor Hisham Mohd. Ghazali hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas insiden banjir kilat yang berlaku pada 12 September lalu.

Insiden tersebut juga mendapat perhatian Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sr Annuar Musa, yang mencadangkan penggunaan sistem amaran awal.

Bagaimanapun, kerajaan digesa tidak bergantung kepada sistem yang digunakan seperti di Jepun itu kerana hanya berkesan untuk jangka masa pendek.

Sebelum ini, Suara Merdeka melaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa menambah baik sistem penyuraian banjir sedia ada yang lebih berkesan untuk tempoh jangka panjang.

Penyelesaian secara holistik adalah perlu memandangkan pembangunan di ibu kota sekarang tidak sama berbanding ketika pembinaan terowong Smart dicadangkan.

Selain itu, pembangunan di sana juga diminta untuk dikaji semula perancangannya.

Ini kerana, peningkatan pembangunan menyebabkan lebih banyak permukaan kawasan yang keras dan mengurangkan kadar penyerapan air. – SM

(Visited 59 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button