NasionalNegeri

MAIPs peruntuk RM15,053,511 menerusi pelbagai ‘Skim Bantuan Perumahan’

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah memperuntukkan sejumlah RM15,053,511 menerusi pelbagai ‘Skim Bantuan Perumahan’ kepada golongan asnaf fakir miskin di seluruh Perlis tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM11,993,511 telah disalurkan kepada 128 keluarga yang menerima ‘Bantuan Sebuah Kediaman MAIPs Peduli’, manakala sebanyak 205 buah keluarga lagi telah menerima bantuan baikpulih kediaman yang lebih selesa.

Selain itu, MAIPs turut menyalurkan ‘Bantuan Baikpulih Mikro’ sebanyak RM3,060,000 melalui 102 buah kariah di negeri ini pada tahun lalu.

Demikian dipersembah maklumkan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor baru-baru ini.

Ia diadakan selepas pelaksanaan program kayuhan berbasikal MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf di sekitar Kurong Anai, Arau.

Tuanku Syed Faizuddin berkenan berangkat singgah di rumah asnaf-asnaf yang mempunyai masalah kesihatan terdiri daripada Radzi Abdullah, Noorzira Azmi dan Siti Aminah Mad Isa bagi menyerahkan agihan zakat MAIPs kepada mereka sepanjang program tersebut.

Mohd. Nazim turut berharap sumbangan di bawah ‘Inisiatif Perumahan MAIPs’ ini akan mencapai hasrat agihan bantuan zakat MAIPs iaitu sebagai ‘merawat kesukaran asnaf’ (to treat) melalui matlamat pembangunan lestari berpanjangan. – SM

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button