Sukan

Sinar baharu buat Khalid Jamlus

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Jamlus mengakui ada sinar baharu buatnya dalam arena bola sepak selepas pertemuannya bersama dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini.

Bagaimanapun, Khalid enggan menjelaskan secara terperinci mengenai peluang dan perancangan melibatkan kerjayanya dan meminta supaya semua menunggu pengumuman yang akan dibuat Wan Ahmad Fayhsal.

“Satu perbincangan yang ada sinar untuk saya di masa akan datang dan Timbalan Menteri telah menyuarakan idea bagaimana saya boleh teruskan kehidupan selepas ini.

“Peluang yang diberikan adalah sesuatu yang baik untuk masa akan datang yang melibatkan boleh sepak.

BACA> Masih adakah sinar kehidupan Khalid Jamlus – bekas bintang bolasepak Perak

“Saya ada ilmu yang boleh dicurahkan dan pengalaman itu yang mahal. Itu yang boleh dicurahkan kepada anak-anak muda sekarang,” katanya yang pernah bermain buat skuad kebangsaan dan kelab luar negara.

Turut hadir dalam pertemuan yang diadakan di Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya itu ialah Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

Bagaimanapun menurut Khalid, keputusan rasmi berkenaan perancangan seterusnya melibatkan kerjayanya terpulang kepada Timbalan Menteri.

BACA> ‘The Cops’ sasar menang 4 perlawanan kekal bersaing Liga Super

Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, pengumuman mengenainya akan dibuat oleh Menteri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tetapi pada masa sama memberitahu, ia adalah sesuatu yang positif dan membuktikan bahawa pihak kementerian sentiasa komited dalam membela nasib bekas-bekas atlet.

“Saya tidak boleh umumkan apa-apa hari ini cuma apa yang boleh saya maklumkan ialah ada sinar buat Khalid, dia adalah aset negara dalam sukan ini dan legenda bola sepak.

“Dia memiliki lesen B (lesen kejurulatihan) dan pengumuman akan dibuat oleh menteri tidak lama lagi,” katanya. -SM

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button