Bola SepakSukan

Masih adakah sinar kehidupan Khalid Jamlus – bekas bintang bolasepak Perak

Kasut emas, jersi, pingat dilelong demi mak, ayah tak sihat

“APA yang boleh kita jangkakan kalau tiga tahun tidak bekerja? Saya juga ketua keluarga, saya rasa terdesak. Saya bukan hanya berdiam diri. Saya sudah menyuarakan hasrat untuk menjadi jurulatih di Perak, begitu juga di Selangor dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Tetapi saya tidak nampak peluang itu.”

Begitulah kata-kata Muhamad Khalid Jamlus, bekas bintang bola sepak yang pernah dijulang namanya oleh ribuan peminat bolasepak Perak Darul Ridzuan suatu ketika dahulu.

Era kegemilangan Khalid Jamlus dilihat seakan-akan sudah berakhir dan beliau kini menjalani satu frasa kehidupan yang diluar jangkaan sebagai seorang bintang bolasepak.

Khalid, 43, memberitahu wartawan ASTRO Arena yang menemubual beliau semalam bahawa kehidupan yang dilaluinya amat terdesak dan mendesaknya untuk berbuat sesuatu demi kelangsungan hidup.

Oleh itu, beliau bertindak melelong beberapa barangan peribadi miliknya termasuk kasut emas, jersi dan pingat yang dimenanginya sebelum ini walaupun kesemua itu, mempunyai nilai sentimental.

“Apa yang saya buat ini adalah untuk menampung perbelanjaan saya. Saya masih lagi mempunyai emak dan ayah dan mereka pun tidak sihat.

“Jadi, kepada siapa lagi hendak saya mengadu perkara ini? Apa yang saya lakukan ini adalah untuk masa depan keluarga saya, untuk kelangsungan hidup,” kata Khalid dalam nada sebak.
Pada Jumaat lalu, Khalid melelong kasut emas yang dimenanginya selepas menjuarai Liga Perdana pada 2002 dengan harga bidaan RM10,500 menerusi sesi Facebook Live yang berjaya menarik lebih 1,000 penonton.

Bagaimanapun Khalid masih belum menyerahkan barangan itu kepada pembida yang berjaya kerana menunggu untuk berjumpa dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Saya akan melihat hasrat beliau untuk membantu saya. Saya akan melihat sama ada pertemuan itu akan memberikan sinar baharu buat hidup saya atau pun sebaliknya,” ujar Khalid.

Berhubung tindakannya melelong barang-barang peribadi, kata Khalid, itu tidak menyalahi mana-mana undang-undang.

Tambah Khalid, beliau cuba berbuat apa yang dirasakannya bersesuaian dan sepatut dilakukannya dengan keadaan hidupnya ketika ini.

challo bhaiya Khalid..." Muhamad... - Retro Bola Sepak | Facebook
Secara jujurnya, kata Khalid, apa yang berlaku ke atas dirinya adalah berpunca daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19.

Sebelum wabak pendemik itu melanda negara kita, Khalid ada terlibat menjadi duta produk yang mana, abang iparnya sendiri banyak membantunya.

Namun begitu, kata Khalid, sampai bilakah beliau mengharapkan bantuan orang?

Jadi, jalan yang perlu diambil oleh Khalid yang telah bersara adalah demi kelangsungan hidupnya sekeluarga ialah dengan melelong barang-barang miliknya. – SM

(Visited 398 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button