Politik

Cadangan persefahaman rentas parti, cermin keterbukaan kerajaan PN

Kerajaan mengamalkan sikap keterbukaan terhadap peranan yang boleh dimainkan pembangkang dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerusi pengumuman persefahaman rentas parti Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Wanita Perikatan Nasional (PN) dalam satu kenyataan bersama lima pemimpin hari ini berkata, semua parti politik di perlu menyokong cadangan berkenaan dan melaksanakan gencatan politik sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 diisytiharkan.

Katanya, Wanita PN yakin cadangan itu akan disokong semua pihak yang mahukan kestabilan politik bagi menjayakan usaha memulihkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang melanda.

“Cadangan ini menonjolkan ketulusan dan kepemimpinan tinggi Tan Sri Muhyiddin yang jelas meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi politik partisan yang sempit,” katanya.

Kenyataan itu ditandatangani Ketua Wanita PN Datuk Seri Rina Mohd Harun; Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Senator Nuridah Mohd Salleh; Ketua Exco Wiranita Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR), Evelyn Gobile; Ketua Wanita Parti Progresif Sabah (SAPP) Irene Chan Kam Lan dan Ketua Wanita Gerakan Janice Wong Oi Foon.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin semalam yang mengemukakan tujuh cadangan rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan sekiranya usul undi percaya terhadap Perdana Menteri diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button