Sukan

Mampukah kelab Indonesia bayar gaji Mesut Ozil?

MESUT Ozil dikatakan bakal beraksi di Indonesia apabila kelab yang dimiliki selebriti Raffi Ahmad iaitu Rans Cilegon dikatakan mahu mendapatkan bekas bintang Jerman untuk beraksi di Liga 1 Indonesia musim depan

Tetapi persoalannya mampukah kelab Indonesia membayar gaji bintang yang pernah beraksi untuk Real Madrid dan Arsenal tersebut?

Ozil kini beraksi dengan kelab Turki, Fenerbahce dengan gaji hampir RM500,000 seminggu.

Rans Cilegon dikatakan telah mencapai persetujuan dengan kelab yang diwakili Ozil ketika ini, Fenerbahce yang kini beraksi dalam liga utama Turki.

Kejayaan muncul naib juara Liga 2 Indonesia musim lalu membolehkan Rans Cilegon dinaikkan pangkat ke Divisyen 1 musim ini, dan pasukan itu bercadang membawa masuk nama besar untuk memperkuatkan skuad.

 

(Visited 449 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button