Bola SepakSukan

Abang Maguire turut terbabit dalam pergaduhan, adik ditikam samseng Albania

ABANG Harry Maguire yang juga merupakan pemain bola sepak turut didakwa ekoran terbabit sama dalam pergaduhan di Mykonos, lapor akhbar England, The Sun.

Joe Maguire, 28, ditahan bersama adik lelakinya yang popular dan difahamkan dia turut dinamakan sebagai defendan bersama-sama seorang lagi kenalan mereka yang juga warga Britain.

Seorang pegawai tempatan mengesahkan Joe telah ditahan kerana pengaduhan tersebut, tetapi pengumuman di mahkamah itu terhenti ekoran perlindungan data yang ketat.

Bagaimanapun, difahamkan nama Joe berada di dalam senarai mahkamah.

Ketiga-tiga mereka diwakili oleh peguam berprofil tinggi yang sama setelah dia diterbangkan dari Athens untuk mengendalikan kes tersebut.

Mereka terpaksa menghabiskan masa selama dua malam di lokap sebelum di bawa ke mahkamah pada Sabtu di Syros.

Mereka dituduh mendatangkan kecederaan dan melemparkan kata-kata cacian.

Maguire dan rakannya turut didakwa kerana cubaan merasuah dan bertindak ganas ke atas pegawai polis.

Mereka, bagaimanapun, menafikan kesemua tuduhan itu.

Joe merupakan bapa kepada dua anak juga seorang pemain bola sepak dan pernah bermain untuk kelab Scunthorpe United, Nuneaton Town serta Boston United sebelum menandatangani bersama Gainsborough Trinity pada 2018.

Bagaimanapun, Joe meninggalkan kelab Liga Perdana Utara itu, baru-baru ini bagi mencari peluang beraksi dalam kesebelasan utama.

Joe telah menyertai Harry dan adik perempuan mereka, Daisy bercuti selama seminggu di Mykonos.

Namun, kapten Manchester United, Maguire telah diejek oleh peminat pasukan pesaing sewaktu menikmati minuman keras yang berakhir dengan adiknya ditikam dengan straw metal.

Pergaduhan itu meletus di luar sebuah kelab malam ketika seorang lelaki, yang digambarkan oleh sumber sebagai ‘seperti samseng’, mula berbual dengan adik perempuan bintang United itu.

Apabila dia menolak pelawaannya untuk berbual, Daisy telah ditikam dilengannya sehingga darah mengalir keluar dan mengakibatkan wanita itu pengsan.

Harry kemudian cuba masuk campur sebelum pergaduhan meletus.

Apabila polis berpakaian preman cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku, kapten United itu didakwa telah mencerca dan memukul pegawai tersebut.

Bagaimanapun, kes tersebut dikatakan bakal terdedah kepada risiko besar selepas staf di dalam kelab malam itu disahkan positif coronavirus. – The Sun UK – SM

(Visited 384 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button