Sukan

Gavin Green pintas Danny Chia jadi pendahulu Kejohanan Golf Trofi Tun Ahmad Sarji

GILIRAN Gavin Green pula merampas kedudukan sebagai pendahulu pada hari ketiga di Kejohanan Golf Trofi Tun Ahmad Sarji bernilai RM200,000 apabila melakar tiga bawah 68 pukulan.

Keseluruhan Green mengumpul 12 bawah par 204 pukulan dengan kelebihan empat pukulan mengatasi pemain veteran, Danny Chia di Kelab Golf Saujana & Country, Subang di sini hari ini.

Esok (Sabtu) adalah saingan hari terakhir untuk menentukan sama ada Green mampu muncul selaku juara bagi kejohanan pertama dalam kalendar Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) tahun 2022.

Bagi Chia selaku pendahulu hari kedua semalam gagal beraksi cemerlang apabila melakar dua atas par 74 pukulan sekadar menduduki tangga kedua.

Chia keseluruhannya mengumpul lapan bawah par 208 pukulan ketinggalan empat pukulan di belakang Green.


Sementara itu, Kenneth De Silva pula keseluruhan mengumpul catatan empat bawah par 212 pukulan untuk berada di tempat ketiga.

Danial Faidz pula berada di tempat keempat dan pendahulu hari pertama Sharifuddin Ariffin pula di tempat kelima.

Mereka berkongsi kedudukan apabila masing-masing keseluruhan mengumpul tiga bawah par 213 pukulan.

FOTO: ANAS TOHA

(Visited 92 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button