Sukan

TMJ Undur Diri, Serah JDT Kepada Pengurusan Tertinggi

Sebut sahaja kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), pasti bayangan Tunku Mahkota Johor (TMJ) terlihat sama.

Namun mengejutkan arena bola sepak tempatan hari ini, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengundur diri daripada kelab bola sepak JDT.

Perkara itu diumum baginda menerusi media sosialnya dan keputusan dibuat kerana ada tanggungjawab dan komitmen yang perlu dipenuhi.

Sehubungan itu, kelab bola sepak JDT diserahkan kepada pihak pengurusan tertinggi dan TMJ mendoakan yang terbaik.

Mengikut sejarah, TMJ boleh dikatakan menjadi individu penting yang sanggup bersusah-payah membangunkan kelab bola sepak JDT.

Walaupun berita pengunduran diri TMJ mengejutkan banyak pihak, diharap kelab bola sepak JDT kekal bersemangat sepanjang masa.

(Visited 398 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button