Hiburan

Shiela Rusly teruk dikecam penonton kerana komen terlalu biadap

Publisiti murahan apabila mulut celupar

PELAKON veteran dan juga penerbit terkenal, Shiela Rusly menjadi bualan orang ramai apabila dia melemparkan komen yang dianggap biadab terhadap peserta dalam salah satu rancangan memasak.

Di dalam satu video yang sedang tular di media sosial, Shiela seperti tidak berpuas hati terhadap peserta yang menyertai rancangan memasak berkenaan kerana tidak berjaya menambat hatinya sebagai juri pertandingan.

Menurut Shiela, hidangan yang disajikan oleh para peserta kurang rasa enak dan dalam masa yang sama dia turut menegur peserta tersebut kerana saiz ayam yang dipotong tidak sama sambilmeninggikan suaranya ketika bercakap dengan peserta berkenaan.

Video tersebut menjadi bualan para netizen. Shiela juga didakwa oleh netizen caranya itu dianggap tidak sopan malah ada juga yang mempertikaikan kredibiliti isteri kepada pengarah, Jinggo ini kerana dia tidak mempunyai pendidikan rasmi dalam bidang kulinari mahupun sebagai seorang chef profesional.

Menjengah di ruangan komen TikTok account Malaysia Speaks, Norhani Musa mengkritik penerbit tersebut seperti chef popular di luar negara.

“Dia ingat dia level Gordon Ramsy?’’ tulis Norhani Musa.

Kata Siti Firdaus Binti H pula, tidak seharusnya Shiela Rusly memberikan komen sehingga meninggikan suara terhadap peserta.

“Nak kritik pun tak perlulah menyakitkan hati”, tegasnya. – SM

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button