Hiburan

Peminat Kebenaran Menangis, Watak Papa Zola Digugurkan Dalam Filem BoBoiBoy Akan Datang

BOBOIBOY antara karya animasi keluaran Malaysia yang menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga dewasa.

Karakter yang ditampilkan begitu ikonik dan menjadi ingatan penonton termasuk karakter Papa Zola yang menjadi perhatian penonton kerana keletahnya.

Papa Zola yang terkenal dengan tagline ‘kebenaran’ antara karakter  yang menyerlah dan popularitinya setanding dengan karakter utama.

Bagaimanapun, penonton mungkin tidak dapat lagi melihat watak tersebut dalam filem BoBoiBoy yang akan datang.

CEO Monsta serta pelakon suara Papa Zola, Nizam Abd. Razak menerusi Facebook miliknya mengesahkan bahawa watak Papa Zola akan dibuang daripada filem BoBoiBoy akan datang.

“Selepas membaca komen dan maklum balas anda semua: Confirmed: Papa Zola akan dibuang daripada filem BoBoiBoy akan datang.

“Idea untuk fusionkan Papa Zola dan Gopal juga tidak diterima. Papablo Esgopal sedih,” katanya di laman facebook miliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sedih dengan pengumuman tersebut tetapi turut mengharapkan yang terbaik daripada animasi BoBoiBoy. -SM

(Visited 991 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button