Hiburan

Pecah Rekod.. Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Catat Kutipan RM1 Juta Hari Pertama!

Pernah suatu masa, banyak stesen TV menolak skrip bertemakan dunia persilatan namun siapalah kita untuk melawan aturan Allah SWT.

Hal ini demikian kerana akan tiba pada suatu masa, kebangkitan itu akan menjelma secara perlahan-lahan dan menundukkan kebatilan.

Hari ini kita mungkin sudah mula terbiasa melihat orang-orang Melayu menggayakan busana tradisi masing-masing secara terbuka.

Yang mana pada suatu ketika dahulu, ia sangat dianggap aneh oleh Melayu yang mendokong fahaman sekular, liberal dan menentang ideologi watan.

Tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menjadi tiupan semboyan kepada seluruh pemain industri kreatif untuk kembali kepada asal usul.

Harus kembali mengangkat wadah Melayu berpaksi Islam dalam mendepani cabaran akhir zaman dan perkara yang merosakkan akidah serta keimanan.

Untuk tayangan hari pertama, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berjaya memecahkan rekod hari pertama tayangan filem dalam Malaysia apabila berjaya membuat kutipan sehingga RM1 juta.

Jika diketahui sejarah untuk membikin filem ini sekali pun, ia adalah filem yang ketiga selepas percubaan untuk membuat filem Mat Kilau kali pertama dan kedua, kurang memuaskan.

Boleh diertikan, niat dan usaha tanpa ada sikap berputus asa dibalas dengan rahmat dan nikmat yang lebih besar buat Studio Kembara biar pun namanya kurang dikenali sebelum ini.

Penulis melihat keperitan untuk menghasilkan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini juga satu perjuangan dan ia sudah pun terbalas sehingga menggegarkan jiwa anak-anak Melayu!

(Visited 1,237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button