AgamaHiburan

Pemuda PAS Perlis kecewa konsert artis Barat dicemar pendokong LGBT

Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPNPs) hari ini melahirkan rasa kecewa apabila konsert artis Barat di Bukit Jalil pada 18 Ogos lalu dicemar dengan pendokong LGBT sekaligus cuba menyemai imej buruk ini ke atas anak muda di negara ini.

DPPNPs juga menyokong kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden yang kecewa mengenai insiden ini.

Ketua DPPPNPs, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil berkata, rasa kecewa ini bukan dirasai Pemuda PAS sahaja malah semua pihak yang sayangkan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Lebih menyedihkan, negara kita baru sahaja keluar dari pasca pandemik dan bakal menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Islam tidak menghalang hiburan tetapi konsep hiburan perlu dikawal supaya tidak melanggar hukum syarak yang digariskan Islam.

Tambahnya, implikasi hiburan melampau akan melahirkan generasi yang leka dengan hiburan dan jauh daripada Allah.

“Sejak dari dahulu PAS komited menentang hedonisme, yang merupakan satu budaya yang jauh menyimpang dari ajaran Islam,” katanya.

Beliau berkata, jika hedonisme ini tidak dikawal dengan tegas maka generasi akan datang akan semakin rosak dan jati diri akan terhakis.

Katanya, DPPNPs berharap Garis Panduan Hiburan dalam Islam dapat disebarkan dan dijadikan rujukan oleh pihak penganjur.

Tambahnya, DPPNPs juga menyeru agar budaya menjadikan konsert yang bercirikan hedonisme segera dihentikan di bumi Malaysia yang dicintai. – SM

(Visited 590 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button