Rencah Hidup

Matawang ‘Wan Ahmad Fayhsal’

GARA-gara mencadangkan agar Bank Negara Malaysia mencetak lebih banyak wang kertas, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kini menjadi bahan usikan atau troll di media sosial.

Terkini ada yang mereka-cipta wang kertas dengan cetakan muka Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu itu di atas mata wang tersebut.

‘Wang kertas’ berkenaan bernilai 100 trilion dan 1,000,000 kononnya dikeluarkan oleh Reserve Bank of Zimbabwe dan Bank Planet Tabayyun.

“Wang kertas ini dicetak sendiri oleh Wan Ahmad Fayhsal dan hanya kegunaan Wan Ahmad Fayhsal dan rakyat Planet Tabayuun” tulis pada wang kertas tersebut.

Wan Ahmad Fayhsal mula dikritik selepas dalam wawancara di radio BFM pada Isnin lalu, beliau berkata, menerusi dasar kewangan “wang helikopter” dengan bank pusat secara langsung mencetak wang dan memberikannya kepada rakyat supaya mereka dapat membelanjakannya.

Saranan itu dibuat berikutan rakyat kini terhimpit dari segi ekonomi berikutan penularan wabak Covid-19 yang menyebabkan banyak perniagaan terjejas dan ramai dibuang kerja.

Sebelum itu beliau menyarankan agar hutang golongan B40 dihapuskan dan ia buat satu omong kosong.

Jelas beliau ‘debt jubilee’ sebagai penyelamat rakyat di tengah-tengah badai wabak Covid-19 dibincangkan dalam banyak media terkenal seperti Financial Times dan Washington Post.

Masyarakat perlu memerlukan penyelesaian radikal kerana cabaran yang dihadapai ketika ini adalah maha besar dan paling besar sejak Perang Dunia Kedua.

“Ini bukan omongan kosong. Ini fakta. Perang Dunia Kedua menyaksikan “global reset” ke atas sistem kapitalisme moden, maka kali ini selepas hampir satu abad, sudah tiba masanya kita fikirkan “reset” yang baru.

“Kalau dulu boleh ada Bretton Woods, Marshall Plan untuk selamatkan nyawa dan kehidupan rakyat khususnya di Barat, mengapa kita di Timur khususnya negara sedang membangun tidak boleh memikirkan untung nasib kita sendiri?

“Mengapa biar diri kita dijajah dengan ilmu kolonial berhubung ekonomi dan kewangan bila mana di Barat sendiri mereka persoalkan dogma-dogma tersebut seperti gerakan “Post-Crash Economy”, “Positive Money” dan banyak lagi,” kata beliau.-SM

 

 

(Visited 807 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button