Politik

Saya yang jawab status projek naik taraf Kompleks Seri Perdana – Abd. Latif

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad hari ini tampil membetulkan beberapa laporan media berhubung status projek menaik taraf Kompleks Seri Perdana.

Dr. Abdul Latiff berkata, jawapan lisan di Dewan Rakyat berhubung projek berkenaan adalah dijawab oleh beliau dan bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Saya merujuk kepada pertanyaan jawab lisan Dewan “Rakyat pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas, soalan bernombor 49
oleh Yang Berhormat Dato’ Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena), mengenai status projek menaik taraf Kompleks Seri Perdana.

“Untuk makluman, pertanyaan lisan Ahli Parlimen Pokok Sena pada 27 September 2021 di Dewan Rakyat, telah dijawab secara bertulis oleh saya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan bukan oleh YAB Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beberapa media sebelum ini melaporkan bahawa Ismail Sabri memberitahu Dewan Rakyat bahawa, pengubahsuaian Kompleks Seri Perdana dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan selain memastikan imej negara dalam menyambut tetamu utama negara.

Sementara itu, Abdul Latiff berkata, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia yang berusia 22 tahun itu perlu diperbaiki berikutan telah mengalami banyak kerosakan.

“Justeru, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat skop kerja-kerja membaik pulih dengan kos keseluruhan sebanyak RM38.5 juta, termasuk kerjakerja penggantian sistem pendawaian elektrikal dan kebocoran atap Kompleks Seri Perdana,” katanya.

Projek tersebut telah diluluskan pada 19 Mac lalu dan kerja-kerja bermula pada 29 Mac.

Ia dijangka siap pada 7 Disember ini dengan kerja-kerja baik pulih telah mencapai 74% kemajuan.-SM

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button