Politik

Kulasegaran minta kerajaan PN henti berpolitik, mula bantu pekerja

BEKAS menteri sumber manusia M Kulasegaran melahirkan kebimbangan ribuan rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan.

Ahli Parlimen DAP ITU berkata, kerajaan pimpinanPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin gagal menyediakan strategi untuk membantu industri peruncitan kerana sibuk berpolitik.

“Dilaporkan bahawa lebih 51,000 kedai runcit di negara ini akan ditutup dalam empat hingga lima bulan ke depan. Ini disebabkan oleh kesan awal perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), dan perniagaan mula beralih ke e-dagang.

“Ini secara langsung boleh mengakibatkan kehilangan pekerjaan melebihi 150,000 pekerja.

“Sektor peruncitan mungkin menghadapi penguncupan sistemik dalam jangka waktu tertentu kerana berkaitan dengan industri pelancongan yang paling terjejas akibat krisis Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kulasegaran berkata, Keranaan begitu sibuk merancang pengambilalihan Sabah dan merancang untuk menyelamatkan majoriti tipisnya di parlimen sehingga telah meninggalkan kebajikan pekerja dan perniagaan di Malaysia.

Katanya, kerajaan bertindak terlalu perlahan berbanding perubahan yang berlaku dalam industi akibat Covid-19.

Justeru beliau menggesa kerajaan supaya memberi perhatian serius dan mengambil lebih banyak langkah untuk membendung pemberhentian dan penutupan perniagaan.

Jelas beliau, kerajaan memperuntukkan AS$3.21 bilion (RM13.8 bilion) untuk subsidi upah dan manakala Singapura pula memperuntukkan AS$14.6 bilion untuk memberi subsidi atau membiayai bersama upah pekerja dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi.

“Subsidi upah di Singapura merangkumi semua pekerja, sementara di Malaysia hanya mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000 layak mendapat subsidi gaji.

“Kelas profesional dan teknikal yang merangkumi 59 peratus daripada kehilangan pekerjaan, tidak dilindungi.

“Walaupun kadar pengangguran turun dari 5.3 peratus menjadi 4.7 peratus baru-baru ini, ia tidak menggambarkan keadaan perniagaan dan buruh sebenar di lapangan. Penutupan perniagaan dan pemberhentian pekerja masih berterusan,” katanya.-SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button