Politik

Asyraf bidas Tony sebagai meludah ke langit

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Tony Pua sebagai meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri.

Katanya ini kerana rakyat tidak pernah lupa tindak tanduk Tony ketika di Kementerian Kewangan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) 22 bulan antara penyumbang utama hingga menyebabkan ekonomi dan kewangan negara yang hebat pada zaman Barisan Nasional (BN) memerintah dahulu, jatuh merudum hingga menyebabkan rakyat sengsara.

Respon tersebut diberikan beliau ekoran kenyataan Tony yang berkata parti berbilang kaum yang bersih dan tidak korup boleh melakukan lebih baik berbanding gabungan korup seperti BN.

“Walaupun Tony Pua bukan lagi pimpinan Dap, tapi ucapan beliau bagaikan ‘meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri’.

“Bahkan sehingga ke saat ini, walaupun lima tahun lebih berlalu pun ekonomi negara masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya. Malaysia tidak segemilang dahulu,” katanya, lapor UMNO ONLINE.

Dr Asyraf dalam pada itu turut memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi pemimpin Dap sambil meluahkan kekesalan ekoran kenyataan diberikan Tony.

Beliau dalam pada itu turut berharap agar Tony tidak diletakkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya telah menghantar mesej protes kepada kepimpinan tertinggi Dap dan desak mereka untuk jangan sesekalimeletakkan beliau sebagai calon dalam
PRN akan datang jika mahu keharmonian gabungan Kerajaan Perpaduan Malaysia ini berkekalan.

“Lagipun beliau sendiri masih bermimpi di siang hari sehingga terlupa bahawa kerajaan hari ini bukan kerajaan PH tetapi
kerajaan gabungan besar BN, PH, GPS, GRS dan Warisan yang di dalamnya terdiri daripada 19 parti politik. Apa yang diucapnya hanya menyerlahkan kedangkalannya sendiri,” tegas beliau.

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button