Politik

Sudah sampai masa sejarah BN berakhir – Muhyiddin

Sudah sampai masanya landskap politik negara berubah dan sejarah Barisan Nasional berakhir.

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, selepas enam dekad penguasaan BN, rakyat telah berubah dan bersikap lebih terbuka berikutan penguasaan teknologi maklumat yang banyak memberikan pengetahuan baharu.

Serentak itu, katanya, rakyat mahukan Malaysia terbentuk atas dasar yang lebih adil, lebih saksama dan menentang korupsi dalam apa sahaja bentuk termasuk penyalahgunaan kuasa.

“Teras dan pendirian Perikatan Nasional seperti apa yang telah dianjurkan di Melaka adalah untuk mendokong prinsip menentang segala penyalahgunaan kuasa, menentang segala bentuk rasuah.

“Kita tidak akan biarkan ia bermaharajalela, menentukan layanan yang adil dan saksama kepada semua pihak. Tidak ada satu kelompok masyarakat yang akan tertinggal dan dibiarkan begitu sahaja.


“Ini jaminan Kerajaan Perikatan Nasional dan kita nak menjamin yang sama untuk rakyat di Melaka. Kita harap orang-orang Melaka akan menyokong keputusan yang kita buat ini,” ucap Muhyiddin dalam  Pentas PRN Melaka yang disiarkan secara langsung di media sosial.

Menurut Muhyiddin, PN juga akan menyediakan akujanji yang perlu ditandatangani oleh 28 calon parti itu sebagai tanda komitmen mereka menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Muhyiddin berkata, dasar yang akan diamalkan oleh Kerajaan Negeri Melaka yang akan dipimpin oleh PN adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip ketelusan, menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa supaya Melaka menjadi negeri bersejarah yang lebih maju dan lebih makmur.

Justeru, manifesto yang akan dibentangkan dalam beberapa hari lagi, turut menjurus kearah prinsip-prinsip berkenaan.

“Manifesto dan ikrar yang akan dibentangkan dalam sehari dua ini akan dilaksanakan dalam tahun pertama hingga tahun kelima untuk mentadbir Melaka.

“Dan kita harap dalam tempoh itu Melaka dan rakyat Melaka menikmati kemajuan dalam semua bidang, ekonomi, sosial, keagamaan, pendidikan dan lain-lain termasuk bidang industri kecil dan sederhana,” katanya.

Menurut Muhyiddin, manifesto yang akan diketengahkan nanti adalah berdasarkan pengalaman pemimpin-pemimpin dalam PN termasuk sebagai menteri besar dan jawatan lain.

Manifesto tersebut akan membantu Ahli Dewan Undangan Negeri PN  untuk mentadbir Melaka dengan lebih telus, baik, tersusun serta mempunyai tadbir urus yang dikehendaki oleh rakyat.-SM

(Visited 219 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button