Politik

PAS sertai PN di Melaka untuk tolak ‘parti ekstrem’

PAS menyertai Pilihan Raya Negeri Melaka bersama Perikatan Nasional (PN) untuk membawa pembaharuan kepada Melaka.

Presiden PAS Daruk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PN tertubuh dengan mengetepikan “parti-parti ekstrem” dan tambahnya, beliau mahu menolak “parti ekstrem” berkenaan dengan dengan menawarkan pembaharuan di Melaka.

“Apabila dacing (simbol BN) dah lama, ada kelemahan-kelemahan dia. (Justeru) kita kena buat perubahan… kita ubah buat PN (iaitu) satu perikatan baru mengumpulan parti-parti yang tidak ekstrem, yang boleh bersatu, boleh kerjasama dan kita cuba bertanding di Melaka apabila ada peluang di Melaka.

“PAS, Bersatu dan Gerakan, kita bertanding atas satu simbol untuk menolak parti ekstrem, untuk membuat satu perubahan pendekatan pakatan baru.

“Satu pembaharuan mesti dilakukan. Kalau rakyat Melaka nak buat pembaharuan, pilihlah PN,” katanya.

Dalam ucapan di majlis Pentas PRN Melaka Bersama Pimpinan yang diadakan di Shah Alam malam tadi, Timbalan Presiden PN itu memetik sejarah politik negara bermula dari Parti Perikatan berlambang kapar layar, Abdul Hadi bercakap bagaimana kemudian BN ditubuhkan pada puluhan tahun silam.

Katanya selepas sekian lama didapati BN memiliki pelbagai kelemahan dan berpendapat pembaharuan perlu dilaksanakan dan kerana itu tertubuh pula PN dengan mengetepikan “parti-parti ekstrem”.

Turut hadir Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Presiden Gerakan Dominic Lau. Ia turut disiarkan secara langsung melalui Facebook.

Sementara itu, Abdul Hadi mengharapkan agar rakyat di Melaka mengambil pengajaran terhadap perkara yang telah berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.

“Jatuhkan kerajaan sendiri ialah tidak bermoral. Kita perlu buat perubahan. Kalau rakyat Melaka mahukan pembaharuan, pilihlah PN.

“Kalau salah pilih, kita akan terima akibatnya. Kalau pilih betul kita terima nasib yang baik. Cukup PRU yang lalu, beri pengalaman kepada rakyat,” katanya

Perikatan Nasional (PN) menjanjikan untuk melakukan pembaharuan sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Tambah Abdul Hadi, Pakatan Harapan (PH) telah memenangi PRU lepas dengan janji-janji manis yang ditabur kepada rakyat.

Katanya, disebabkan perkara itu, Barisan Nasional (BN) telah ditolak oleh rakyat kerana terdapat sedikit kesilapan yang dilakukan.

“Bergantung kepada janji manifesto, PH tidak buat. Turunkan minyak, hapuskan tol. Macam-macam janji. Ibarat ingin berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang.

“Disebabkan janji ini, rakyat pilih PH dan tolak BN. Tiba-tiba janji tidak ditunaikan. Pengundi yang rugi,” katanya.-SM

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button