Nasional

Mohamed Nazri stabil, jalani rawatan di Kota Bharu

BEKAS Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan dirinya tidak mengalami sebarang komplikasi kritikal.

Beliau yang sebelum ini disahkan positif jangkitan Koronavirus (Covid-19) selepas mengadakan sidang akhbar pada 12 Januari lepas.

Susulan, pengesahan selepas ujian saringan, beliau ini sedan mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bharu Kelantan sejak petang semalam.

“Saya stabil tida ada sebarang masalah. Jangan risau, saya okay, seronok duduk di hospital ini.”

Demikian kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu memaklumkan perkembangan terbaharu mengenai kesihatannya seperti dipetik laporan portal Astro Awani.

Pagi tadi, Suara Merdeka melaporkan Mohamed Nazri disahkan dijangkiti wabak Covid-19 selepas salah seorang tetamu yang hadir dalam sidang akhbar minggu lalu positif virus itu.

Beliau melakukan ujian saringan selepas mengetahui, seorang pemerhati politik Datuk Seri Zaharin Mohd. Yassin yang hadir sidang akhbat tersebut disahkan positif Covid-19.

“Petang semalam result keluar, saya positif dan saya terus menjalani kuarantin di hospital ini,” ujarnya.

Zaharin selepas disahkan positif itu, kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Untuk makluman, Mohamed Nazri sebelum ini mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan penarikan balik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – SM

(Visited 294 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button