Nasional

KPLB dan media tempatan gotong-royong buat bubur lambuk bersama penduduk Kampung Tempoyang

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bekerjasama dengan sebuah akhbar tempatan menganjurkan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk perdana untuk diedarkan kepada penduduk setempat Kampung Tempoyang, Kuala Lipis bagi mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadan pada tahun ini.

Program gotong-royong membuat bubur lambuk ini diadakan di atas inisiatif tanggung jawab sosial korporat menerusi program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Bersama KPLB dengan kerjasama Masjid Sayidina Ali Bin Abi Talib, Kampung Tempoyang dan Parlimen Lipis.

Baca artikel ini > Media perlu lebih banyak dedahkan kejayaan warga luar bandar

Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat terutamanya di luar bandar sambil berkongsi rezeki bersama golongan memerlukan sempena bulan yang penuh keberkatan ini.

Gambar: UKK@KPLB

Bertempat di Masjid Sayidina Ali Bin Abi Talib, Kampung Tempoyang, Kuala Lipis, Pahang, sebanyak 4,000 bekas bubur lambuk disediakan dan dimasak secara bergotong-royong oleh ahli jawatankuasa masjid serta sukarelawan daripada KPLB dan media tersebut bermula seawal jam 7.30 pagi.

Bubur lambuk ini akan diagihkan kepada penduduk sekitar Kuala Lipis ini, surau berhampiran, agensi kerajaan serta jemaah yang berbuka puasa di masjid ini.

Rasa teringin nak makan bubur lambuk > Klik sini

Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri I, KPLB, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Haji Mohamad. Hadir bersama, Ketua Setiausaha KPLB, Dato’ Ramlan Harun.

Turut hadir ialah Ahlj Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, YB Dato’ Mustapa bin Haji Long, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, YB Lee Ah Wong, Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek TKHM, Husain Jahit; dan Pengarah Projek TKHM, Noor Azam Abd Aziz. Manakala Masjid Saiyidina Ali Bin Abi Talib diwakili oleh Pengerusinya, Dato’ Hj. Zulkifli Hj. Othman. – SM

(Visited 410 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button