AgamaNasional

Toleransi ada batasnya, bezakan upacara keagamaan dengan perayaan

KEHADIRAN bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis sambutan Thaipusam beberapa hari lepas telah menerima pelbagai kecaman dari netizen serta beberapa tokoh agama.

Thaipusam merupakan perayaan berbentuk agama yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu sebagai menghormati dewa Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Oleh itu, penyertaan seorang Muslim dalam upacara keagamaan bagi non-Muslim seperti sambutan Thaipusam adalah sangat bertentangan dengan akidah Islam.

Begitu pandangan Naib Presiden parti PUTRA, Datuk Dr. Ab Aziz Jamaludin Tahir dalam satu kenyataan kepada SUARA MERDEKA hari ini.

Menurut beliau, penyertaan seorang Muslim dalam sambutan keagamaan Hindu ini merupakan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum agama lain dalam amalan keagamaan mereka yang jelas menjadi satu larangan bagi umat Islam.

“Pendapat peribadi saya sendiri sepatutnya kita tidak usah memaksakan diri untuk merayakan keagamaan non-muslim.

“Cukuplah kita hormati sahaja dan  jangan kita mengganggu atau melibatkan diri dalam perayaan mereka,” katanya.

Beliau berkata, majoriti ulama empat mazhab sememangnya sepakat telah mengharamkan umat Islam ikut serta dalam merayakan majlis keagamaan non- muslim.

Demikian juga Rasulullah SAW telah menyatakan bahawa menyerupai atau meniru-niru amalan khusus suatu kaum menyebabkan seseorang itu tergolong ke dalam golongan kaum yang ditiru amalanya itu.

Dari Ibnu Umar RA berkata, “Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.’” (HR. Abu Daud)

“Oleh kerana itu, haram bagi kaum muslimin meniru non-muslim dalam amalan khusus agama mereka.

“Hal ini kerana meniru amalan khusus keagamaan mereka boleh melahirkan rasa suka terhadap kebatilan akidah mereka,” ujar Dr. Aziz Jamaludin.

Katanya lagi, dalam agama Islam, toleransi yang baik itu hendaklah selari dengan syariat Islam dan bukannya dengan melanggar syariat Islam, bukan pula dengan mengorbankan akidah Islam dan menukarnya dengan akidah batil.

Umat Islam adalah umat pertengahan. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) sebagai ”umat moderat (pertengahan)” agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu” (QS. Al-Baqarah: 143), kata Dr. Aziz Jamaludin dr ablagi.

“Kesimpulannya, toleransi itu harus bersifat moderate (pertengahan) yang terletak di antara ifroth (melampui batasan syariat Islam) & tafrith (mengurangi batasan syariat Islam).

“Ini bermakna sifat toleransi umat Islam terhadap non-Muslim hendaklah tidak melampaui batas agama Islam dan tidak juga mengurangi batas Islam,” jelas beliau.

Dr. Aziz Jamaludin berkata, setiap perbuatan Muslim itu hendaklah sentiasa selari dan mengikut tuntutan syariat Islam. – SM

(Visited 556 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button