Nasional

Daging import: Jangan ingat saya lepas tangan – Menteri Agama

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menafikan bahawa beliau bersikap lepas tangan dalam isu status halal daging import.

Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, ada segelintir pihak yang mempersoalkan seolah-olah beliau tidak mahu bertanggangjawab dalam isu tersebut.

Ini selepas beliau mengeluarkan pandangan bahawa terpulang kepada orang ramai sama ada ingin terus memakan daging import atau tidak, mengambil kira keyakinan masing-masing.

“Kenyataan saya ini adalah pertanyaan wartawan yang meminta saya mengulas pandangan Timbalan Mufti Perak, Sahibul Fadhilah Datuk Zamri Hashim yang menyarankan untuk mengelak makan daging import.

“Saya amat menghormati pandangan beliau kerana itu juga salah satu pilihan yang tersedia untuk umat Islam.

“Dalam masa yang sama, saya juga perlu mengingatkan yang kita ada banyak pembekal daging import dalam kalangan Bumiputera Muslim yang merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah, tidak seperti isu daging haram baru-baru ini. Boleh semak senarainya di www.halal.gov.my,” kata Zulkifli.

Zulkifli menegaskan, pandangan yang beliau lontarkan adalah bagi meraikan pandangan Timbalan Mufti Perak dan suara para pembekal daging import dalam kalangan bumiputera Muslim yang tidak terlibat dalam isu tersebut.

Katanya, beliau memberi pilihan kepada umat Islam sama ada untuk memakan atau tidak daging import berdasarkan keyakinan masing-masing.

“Saya yakin kita semua bersetuju bahawa pembekal daging import dalam kalangan Bumiputera Muslim yang tidak bersalah, tidak wajar terpalit sama dalam isu ini.

“Saya juga menyentuh tentang sebuah hadith Nabi SAW bermaksud, Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu.

“Inilah asas kepada dua pilihan yang saya kemukakan sebagai jawapan kepada pertanyaan wartawan. Saya amat berharap kenyataan ini tidak disalah anggap sebagai saya bersikap lepas tangan terhadap isu yang penting bagi umat Islam ini,” tegas Zulkifli.

Media hari ini melaporkan Zulkifli berkata, sekiranya terdapat was-was, umat Islam perlu menghindarkan apa yang menjadi keraguan kepada apa yang tidak menjadi keraguan.

“Jadi pandangan yang dikemukakan samahah-samahah, lebih kepada untuk ikhtiar atau pun mengambil jalan berhati-hati.

“Tetapi apabila disahkan oleh sebahagian daripada pihak berwajib yang menyertai dan membuat kajian dan telah masuk dalam Parlimen semalam melalui Dewan Negara dan ada usul khas yang dijawab Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid, ia memberi jawapan yang melegakan kita semua,” kata Zulkifli.-SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

 

 

(Visited 337 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button