Berita

COVID-19: 29 hari, 262 kematian – Kementerian Kesihatan

Sejumlah 262 orang meninggal dunia kerana jangkitan COVID-19 di negara kita dalam tempoh 29 hari pertama tahun ini.
Daripada 262 kematian yang direkodkan sejak 1 Jan hingga 29 Jan 2021, 92% atau 240 kematian adalah warganegara dan selebihnya iaitu 8% atau 22 kematian bukan warganegara.
Kaum lelaki lebih ramai meninggal dunia dengan 174 kematian atau 66% berbanding wanita 34% atau 88 kematian.
Foto KKM
94% daripada 262 kematian itu berumur 40 tahun ke atas dan 90% kes kematian mempunyai sejarah penyakit kronik.
Penyakit kronik yang paling lazim dihidapi oleh 262 kes kematian COVID-19 ialah darah tinggi (64%), diabetes (59%), buah pinggang (30%), penyakit jantung (19%), Dislipidemia (16%), strok (8%) dan obesiti (5%).
Selangor, Sabah dan Johor merekodkan kematian tertinggi sepanjang tempoh 29 hari ini.
Golongan lanjut usia yang mempunyai penyakit kronik adalah golongan berisiko tinggi yang akan mendapat pelbagai komplikasi apabila dijangkiti COVID-19.
Jika ahli keluarga anda tergolong dalam kumpulan ini, menjadi tanggungjawab anda untuk melindungi mereka.
(Visited 313 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button