fbpx
Politik

Saravanan perlu berhenti beri alasan

Peguam, Haniff Khatri Abdulla menggesa Datuk Seri M Saravanan supaya mematuhi Perlembagaan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Haniff berkata, kedudukan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah diiktiraf dan dipelihara di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara  152. Bahasa kebangsaan.

“(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa—

“(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain;


“Dalam Perkara ini, “maksud rasmi” ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.”

Kata Haniff, Kementerian Sumber Manusia mahupun Kementerian Kewangan adalah kementerian yang diwujudkan selari dengan pelantikan jemaah menteri, juga tertakluk kepada Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, amatlah jelas daripada pembacaan undang-undang tertinggi Malaysia, iaitu Perlembagaan Persekutuan secara khususnya tidak ada apa-apa alasan yang boleh mengecualikan kesemua kementerian daripada menggunakan bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi termasuklah bentuk ucapan, makluman bertulis yang menggunakan kepala surat kementerian atau Jata Negara.

“Tanpa mengambil kira Kerajaan yang memerintah, iaitu samada Pakatan Harapan yang sering mengeluarkan kenyataan Kementerian Kewangan di bawah Lim Guan Eng di dalam tulisan Cina.

“Kesemuanya dalam bahasa dan tulisan Tamil sememangnya tidak berhak di bawah Perlembagaan,” katanya.

Sehubungan itu Haniff menyarankan satu taklimat diberikan kepada Saravanan dan para menteri yang belum memahami kedudukan bahasa Melayu di dalam Perlembagaan.

Sebelum ini kerajaan Pakatan Harapan terutama Lim Guan Eng sering menggunakan bahasa Cina di dalam urusan Kementerian Kewangan dan mendapat kritikan pelbagai pihak.

Perbuatan tidak menghormati bahasa kebangsaan yang sepatutnya menggunakan bahasa Melayu di dalam urusan rasmi turut dilakukan oleh beberapa menteri dari DAP – SM

Kenyataan penuh boleh dibaca di Facebook Haniff Khatri Abdullah

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1032729370461293&id=100011727181479

Show More

Related Articles

Back to top button