NasionalpilihanTravel

Karnival Kerjaya Pelancongan 2022 tawar lebih 1,000 peluang pekerjaan

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengambil langkah proaktif secara berterusan dalam membantu para penggiat industri pelancongan yang mengalami isu kekurangan tenaga kerja susulan pandemik COVID-19.

MOTAC sentiasa berkerjasama rapat dengan KSM dan PERKESO dalam menyelesaikan isu kekurangan tenaga kerja di pasaran semasa dengan mengadakan penganjuran bersama Karnival Kerjaya Pelancongan 2022 (Tourism Career Fair 2022) pada 5 sehingga 7 Ogos 2022 di Hotel Quayside, Dataran Sungai Melaka, Melaka bersempena dengan Program Magic of the Night (MOTN) 2022.

Menerusi penganjuran Karnival Kerjaya tersebut yang berlangsung selama tiga (3) hari, sebanyak 15 majikan dengan 1,012 jawatan kosong ditawarkan merangkumi lima (5) subsektor iaitu perhotelan (477), pengangkutan darat (249), pembinaan lebuhraya (165), pengangkutan udara (100) dan taman tema (21).

Daripada jumlah 1,012 jawatan kosong, sebanyak 906 jawatan ditawarkan dalam lingkungan kadar gaji pokok di antara RM1,500.00 sehingga RM2,000.00 sebulan, manakala sebanyak 106 jawatan ditawarkan kadar gaji pokok melebihi RM2,000.00 sebulan. Bagi penempatan pekerjaan pula, sebanyak 345 jawatan adalah di Melaka dan 667 jawatan di luar Melaka.

MOTAC komited untuk terus melipatgandakan usaha serta bekerjasama rapat dengan KSM dan PERKESO dari semasa ke semasa bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja di pasaran pekerjaan semasa. – SM

Artikel berkaitan > MOTAC anjur program Magic Of The Night 2022, 5 hingga 7 Ogos di Melaka

(Visited 414 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button