Nasional

28.7% dewasa lengkap divaksin dua dos

JUMLAH orang dewasa di Malaysia yang lengkap menerima kedua-dua dos telah mencapau 28.7 peratus dan 59 peratus lagi telah menerima dos pertama.

Menurut Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) sehingga semalam 20.533 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakkat melibatkan 13.816 juta dos pertama dan 6.716 juta dos kedua.

Sebanyak 11 wilayah merekodkan lebih 20 peratus penduduk menerima kedua-dua dos vaksin. Tertinggi Labuan yang mencatatkan 80 peratus, Sarawak (63 peratus) dan Perlis (42.4 peratus).

Lembah Kelang yang meliputi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya merekodkan 43.7 peratus penduduk dewasa telah menerima kedua-dua dos, Perlis (35.3 peratus), Melaka (27.0 peratus), Terengganu (24.7 peratus), Pahang (22.0 peratus) dan Pulau Pinang (20 peratus).


Manakala Kedah, Johor dan Sabah merekodkan bawah 20 peratus penduduknya telah menerima kedua-dua dos suntikan.

Laporan harian pemberian dos vaksin merekodkan sejumlah 519,111 dos vaksin diberikan melibatkan 316,492 dos pertama dan 202,619 dos kedua.

Selangor masih merekodkan jumlah pemberian dos tertinggi iaitu 93,331 dos pertama dan 58,669 dos kedua.

(Visited 19 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button