BeritaPendidikan

Kerjasama UTP-Petrosains promosi pembelajaran, penyelidikan STEM

BARU-BARU ini Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Petrosains bagi menanam minat dalam kalangan generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

MoU itu juga adalah usaha menyokong pembinaan bangsa dengan mempromosi STEM menerusi pembelajaran dan penyelidikan.

MoU menyaksikan UTP diwakili Naib Canselornya, Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib manakala Petrosains diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Ezarisma Azni Mohamad.

Mohamed Ibrahim berkata, MoU itu adalah bukti usaha berterusan UTP merealisasikan dan menyediakan peluang untuk mengejar pengetahuan dan kepakaran melalui kemajuan kejuruteraan, sains dan teknologi serta meningkatkan daya saing negara.

“Menerusi perkongsian ini UTP berharap untuk meneroka kemungkinan mewujudkan nilai-nilai penting dan impak terutama dalam STEM.

Sebagai sebuah universiti terkemuka, kami akan terus berada di barisan hadapan untuk mempromosi STEM,” katanya dalam satu kenyataan. – SM

(Visited 237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button